Jumat, 17 April 2020

Ayat seribu dinar



Kisah asal usul ayat seribu dinar - mistik seram
 
 Pada suatu hari ada seorang pergi berlayar dengna kapal lepas tu ditengah lautan ketika kapal tu renti dia terpandang seorang lelaki sedang berjalan diatas air lelaki itu memperkenalkan kepada nya beliau adalah nabi allah khidir

kemudian nabi allah khidir as menawarkan satu ayat untuk dijual kepadanya dengan harga seribu dinar beliau bersetuju dan ingin membeli ayat tersebut.

selepas itu dibacakan lah ayat tersebut kepada beliau dan beliau membayar ayat tersebut dengan 1000 dinar dari situlah ayat itu mendapat nama

sebelum nabi allah khidir berpisah dengan dia maka berpesanlah nabi allah khidir kepada beliau jangan renti membaca ayat itu untuk mendapatkan kelebihan didunia dan akhirat

kapal itu terus berlayar dan tak disangka sangka ribut melanda dengan kuatnya pemuda itu pun tidak renti renti baca ayat itu sampai satu ketika kapal itu pun karam dan semua anak kapal mati kelemasan

berkat ayat seribu dinar yang diamalkan pemuda itu selamat dan berpaut pada sebatang kayu dari bangkai kapal itu

selama berhari hari pemuda itu di pukul gelombang laut yang amat ganas beliau tidak henti henti mengamalkan ayat tersebut .dan selama itulah beliau tidak makan dan minum tapi berkat ayat itu beliau masih bertenaga. untuk hadapi dan meneruskan hidupnya .

sehinggalah satu masa beliau terdampar ditepi pantai yang putih bersih beliau bangun dan menuju ke daratan luas yang dipenuhi hutan. beliau telah berjumpa dengan sebuah gua yang besar. beliau masuk kedalam gua itu untuk berlindung. tak disangka sangka beliau bertemu dengan seorang gadis muda remaja yang amat cantik rupawan.

gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai seorang puteri raja dari negeri sekian sekian. dan dia telah diculik oleh jin yang sangat jahat dan ganas. telah lama beliau diculik dan dijadikan hamba abdi. dan gadis itu menawarkan kepada pemuda itu jika pemuda itu sanggup melepaskan dirinya dari kejahatan jin itu dia berjanji akan menunjukkan pemuda itu tempat penyembuyian harta karun jin itu.

pemuda itu pun menanti di dalam gua dalam keadaan menyorok.sehinggalah waktu malam jin itu balik gua dilihatnya gadis itu . kemudian pemuda itu keluar dari tempat persembunyiaan nya dan jin itu amat marah dan cuba membunuhnya kerana telah menceroboh kekawasannya.

pemuda itu dengan tenang telah membacakan ayat seribu dinar kepada jin itu lalu jin itu tewas dan lebur.

kemudian seperti dijanjikan oleh gadis itu telah menunjukkan kepada pemuda itu harta qarun jin itu . pemuda itu merasa takjub melihatkan harta qarun jin itu yang amat banyak dan bernilai.

tapi masalah mereka ditengah pulau ditengah lautan jadi mcm ner nak idup kat situ. ada harta pun tak guna . akhirnya pemuda itu telah mengamalkan ayat seribu dinar itu bersungguh sungguh dengan kehendak tuhan tidak lama kemudian ada kapal berlabuh di pantai. mereka telah menaiki kapal itu dan pergi kepelabuhan terdekat.

sampai di negeri puteri raja itu raja sangat berterima kasih dnegan pemuda tersebut dan menghadiah kan emas yang lebih banyak lagi jadilah pemuda itu kaya raya

kisah ini saya petik dari kitab jawahirul mawahib kot tak silap saya kembaran kitab sirussalikin dalam bab khasiat ayat 1000 dinar

jadi kesimpualnnya kisah yang bro cerita itu adalah kisah kedua yang saya dapat bahawa ayat 1000 dinar boleh digunakan untuk mengatasi makhluk halus

ayat seribu dinar ni selalu orang guna untuk amalan murah rezeki tapi selalunya pengamal ayat seribu dinar ini yang saya lihat dengan mata saya sendiri mereka akan diuji dengan berbagai ujian adakalanya sehingga jatuh miskin

tapi dari situlah mereka bangkit dan bangun mencipta kejayaan sangat sesuai diamalkan oleh para usahawan kerana itu adalah jalan usahawan gagal dulu mennag kemudian mcm hero hindustan

pemuda itu bersetuju
 
 
Sumber