Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Gerai Geylang Serai Lama



Makcik Di Gerai Geylang Serai Lama

- Nama kakak, A. Kakak hendak menceritakan kisah yang berlaku pada kakak saya sendiri. Kisah ini berlaku lima tahun yang lalu. Sedang mereka hendak menjamu selera di gerai Geylang Serai lama, datang seorang makcik meminta izin untuk duduk di sebelah mereka. Sewaktu menantikan makanan yang belum tiba, dia bertanya kepada kakak saya, "Nak, makcik tengok wajah kau seperti bermasalah dengan keadaan suami kau yang panas baran dan dalam keadaan muflis."
Kakak saya sangat hairan bagaimana makcik itu tahu keadaan dirinya lalu dia menyuruh kakak saya membeli bunga-bungaan untuk dijampi. Kononnya untuk mengubati kakak saya. Masa itu, sedikitpun kakak saya tidak meragui orang tua itu kerana dia seperti orang yang kuat beribadah. Dia menyuruh kakak saya rendam bunga itu dan mandi pada pukul 12 tengah malam. Pada malamnya, kakak saya tertidur dan mendapat alamat datang seorang lelaki tua bersongkok haji memberitahu padanya supaya jangan mandi dan buang semua bunga2 itu.


Setelah dia tersedar dari tidurnya, dia terus membuang air yang direndam bersama bunga-bunga itu. Setelah dia membuang bunga itu, tiba2 di dalam rumahnya terbau sesuatu yang amat wangi dan kepalanya terasa sangat sakit. Mujurlah di blok rumahnya ada seorang pakar. Dia datang dan mengubati kakak saya. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat di seluruh badannya berasap. Begitu juga dengan rumahnya. Menurut pakar itu bahawa makcik itu mahu melepaskan barang peliharaannya yang dia tidak mahu lagi kepada kakak saya.

Mujurlah kakak saya tidak mandi air yang dijampi makcik itu. Kalau tidak, saya tak tahu apa akan terjadi pada kakak saya. Kita haruslah berhati-hati supaya jangan cepat mempercayai seseorang. Terima kasih. kerana sudi mengetengahkan kisah Kak A ini...



 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club